Free registration

MANA MILIK KITA


Assalamualakum dan selamat sejahtera

Mana Milik Kita

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerna milik Dia punya
Janganlah berbangga
Apa yg ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita disisiNya
Yang sebenarnya
Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadaNya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yg kita dapat
Allah sudah sediakanya

-Rabbani, Nostalgia Nadamurni-

Perbezaan Di antara Sedekah, Hadiah Pemberian dan 'Athiyyah

Pemberian itu merangkumi sedekah, hadiah dan 'athiyyah yang mempunyai definisi atau maksud yang hampir sama, cuma yang membezakannya ialah tujuan si pemberi ketika menyampaikan pemberiannya itu. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, maka ia adalah sedekah, jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian, maka ia disebut sebagai hadiah dan jika sebaliknya maka ia hanyalah satu pemberian biasa. (Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyah: 26/324)

Sementara yang dikatakan sebagai 'athiyyah itu ada dua macam iaitu pemberian seseorang yang dalam keadaan maradh al-maut atau sakit yang membawa kematian disebut sebagai wasiat, dan 'athiyyah ketika masih hidup sama ada bentuk wakaf, hibah atau hadiah. (Al-Tahzib: 4/509)

Di dalam istilah syara' pula, pemberian itu bolehlah diertikan sebagai suatu perjanjian (aqad) yang memberikan kuasa pemilikan kepada seorang lain tanpa mengharapkan sebarang gantian atau pertukaran ('iwadh), pada ketika orang yang memberi itu masih hidup.

Hukum Memberi Hadiah

Menurut Ijmak ulama hukum segala jenis pemberian itu adalah sunat kerana pemberian itu suatu kebajikan, ketaatan, belas kasihan dan ia memberikan pengaruh yang positif di masyarakat; baik bagi yang memberi mahupun yang menerima. Di samping itu ia juga dapat menzahirkan sikap kasih sayang, mengeratkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama manusia. Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Qur'an, (Mughni Al-Muhtaj: 2/537) sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa." (Surah Al-Maidah, ayat 2)

Bagi yang memberi, itu sebagai cara melepaskan diri dari sifat bakhil, saranan untuk saling menghormati dan sebagainya. Sedangkan kepada yang diberi, sebagai salah satu bentuk memberi kelapangan terhadapnya, hilangnya kecemburuan dan kecurigaan, bahkan mendatangkan rasa cinta dan persatuan dengan sesama... TAPI hati-hati, hadiah tak boleh disamakan dengan suapan (rasuah)!

Galakkan Sikap Suka Memberi

Galakkan suka memberi itu juga ada disebutkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis-hadis baginda supaya umatnya sentiasa berkasih sayang sesama mereka. Hal ini digambarkan oleh gaginda dalam sabdanya yang bermaksud, "Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan perasaan dengki (iri hati), dan beri-memberilah antara kamu, nescaya kamu akan saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan permusuhan." (Hadis riwayat Malik)

Sikap saling memberi juga melahirkan kasih sayang sekalipun pemberian itu kecil, kerana pemberian yang kecil atau sedikit bukanlah suatu kehinaan di sisi Allah, bahkan ia akan tetap mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada-Nya. Perkara yang penting bahawa pemberian itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana ikhlas itu roh pemberian. Pemberian yang tidak ikhlas dalam makna berpura-pura atau riya' adalah tidak berguna. Perkara pemberian walau kecil itu disebut melalui sabda baginda yang bermaksudnya: "Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing." (Hadis riwayat Muslim)

Kalau dianjurkan untuk dijadikan amalan masyarakat, kenapa tidak dimulakan dalam masyarakat yang lebih kecil, contohnya, mulakan di kalangan keluarga sendiri. Rasulullah SAW amat menggalakkan amalan memberi hadiah dalam rumahtangga kerana dengan cara ini, kasih akan bertambah kerana hadiah merupakan tanda kasih atau simbol kepada kasih sayang suami terhadap isteri. Seorang suami tidak perlu menunggu isterinya memberi hadiah, sebaliknya suami hendaklah melakukan amalan ini terlebih dahulu. Ini sesuai dengan jiwa wanita yang sukakan sesuatu yang halus dan menggembirakan emosinya.

Sketsa Rumahtangga Rasulullah

Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata: "Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu. Beliau (Ummu Kultsum) berkata: Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah juga suka memberi hadiah kepada isteri-isteri baginda. Apabila pulang dari mana-mana perjalanan, baginda sering membawa pulang hadiah untuk isteri-isteri baginda. Pernah suatu ketika, baginda terlupa membawa pulang hadiah, baginda berpatah semula ke pekan lalu membelikan ahdiah untuk isteri baginda.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., "Pada suatu ketika Rasulullah menghadiahkan aku sebuah gelang yang amat cantik buatannya. Kemudiah aku bertanya kepada baginda, "Ya Rasulullah, siapakah di antara kami (isteri) yang paling kamu sayang?" Jawab Rasulullah, "Siapa yang ada gelang di lengannya." Keesokkan harinya aku dapati kesemua isteri baginda memiliki gelang yang sama."

Kepentingan memberi hadiah
• Simbol kasih suami terhadap isteri
• Menggembirakan hati isteri
• Mencetuskan rasa hormat dan taat dalam hati isteri terhadap suami
• Mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati. Sabda Nabi, "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat menwariskan rasa cinta dan membersihkan berbagai kekotoran hati/jiwa."
• Mendatangkan rasa saling cinta-mencintai, menyatukan hati dan memunculkan kasih sayang.

Imam Tabrani meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling mencintai." Juga diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrad, no. 594. Ibnu Hajar berkata, "Sanadnya shahih."

Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda Muslim sejati. Suami baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Orang yang baik di antara kamu ialah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri daripada kamu." (Hadis Riwayat at-Tarmizi).

Hadis lain Riwayat at-Tarmizi bermaksud: "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap isterinya."

Nah... Masih berkira-kira hadiahkan sesuatu kepada isteri?

Bagi isteri yang suaminya tak romantik atau berkira sangat nak beri hadiah, tak perlulah terasa hati. Terimalah suami seadanya dan redhalah dengan ketentuan Allah yang suami itu tidaklah sesempurna Rasulullah. Bukan senang untuk merubah manusia, tetapi kita boleh merubah diri sendiri. Untuk menggembirakan hati sendiri, isteri bolehlah berjimat-cermat atau simpan sedikit demi sedikit untuk mendapatkan sendiri hadiah idaman hati. Bukankah ini lebih memberikan kepuasan?

Renung-renungkan!
__________________



kepada Usahawan dan pejuang networking..saya ingin berkongsi bersama anda bisnes networking yang terbaik....tetapi!! Mengapa ramai yang menemui jalan buntu ataupun gagal dalam networking yang mereka ceburi?..

Pelbagai faktor-faktor yang menyebabkan mereka menemui jalan buntu dan gagal..

Ramai antara kita ingin menjadi leader ! Sayangnya mereka gagal menjadi player....dan menyebabkan downline lari atau kurang yakin.
Biasanya kita faham membaca fakta, seperti kekuatan syarikat, pelan market, produk, tapi kekurangan ilmu untuk menyebarkan...dan kekurangan pengetahuan bagaimana hendak close prospek.

Adakah anda tahu, apabila kita mencapai usia 65 tahun, hanya :------------
1% Sahaja kaya raya
4% Adalah selesa
5% Masih perlu bekerja kerana tidak ada pilihan
54% Bergantung kepada keluarga atau kerajaan untuk hidup
36% Telah meninggal dunia-------------------------------------------------.
Statistik manakah yang anda hendak jadi?
Dalam golongan yang terkaya, 5% adalah peniaga persendirian, iaitu mendapat komisyen dan hasil keuntungan; hanya segelintir daripada 5% tersebut adalah profesional yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan yang telah dapat membena kekayaan sebagai pekerja dengan mendapat gaji bulanan.
*Statistik ini terdapat daripada Jabatan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan Amerika Syarikat yang membuat kaji selidik di antara kalangan orang yang berusia 20 ke 65.

Tidak mahu belajar dari kegagalan, dan sering mengangap kegagalan itu sebagai nasib atau tiada rezeki....atau kena tipu. Tapi percayalah kalam Yarahman Yarahim Maha Pengasih Maha Pemurah. akhirnya ditemui jua pintu rezeki. dalam catatan blog pintu rezeki. Insyaalah hak ku yaqin......

Senarai Blog Saya